Holiday: Langkawi 2015 - Part 3

By Farhana IezAna - 11:43 AM

Assalamualikum..

Hari ketiga hari terakhir kami kat langkawi.
kami breakfast kt homestay macam biasa. tak planing nak pergi mana2 dah.
dalam kol 10-11 pagi kami dh gerak g jetty sebelum tu kami pergi pulang kan kunci rumah dgn kereta kt area2 jetty juga.

sebab kan agak awal sampai jetty, kami round dalam kompleks jetty utk beli apa2 yg masih belum beli kan. lepastu kami g makan kt food court situ. food court dia mengadap laut dan boleh nampak dataran helang tau. cuaca masa tu agak panas. matahari dh naik tinggi kan tengah2 hari gitu.

disebab kan ni first time, aku gigih ajak laki aku jalan sampai je dataran helang tu utk ambk gambar. sib baik adik ipar aku nak ikut juga makanya ada la org nak tolong ambil kan gambar kiteorg nanti kan..
 maka terhasil2 gambar2 kat bawah ni.















Gigih kami tolak anak sekali. haha sini budak kecik tu tido2 pun mama kacau ambil gambar juga. selebihnya mak bpk dia yg ambil gambar lebih. hihi

pastu kami terus naik ferry je. nasib baik semua barang lepas. sebab tak ada beli kain batik pun kan. 




dalam ferry budak ni tak bnyk kerenah sangat kalau dgn abi dia. dia main je soft toy dia tu.
dh nak sampai tu baru dia mcm nak lepas. abi dia bawak jalan2 depan kebelakang.

hari terakhir ni sebenarnya nasib baik kami beli tiket ferry awal. pagi2 lagi dapat berita teksi bpk mertua aku kt jetty Kuala Perlis sana berbunyi alarm dr awal2 pagi tadi kot. risau battery habis je. nak xpasal2 kena tukar battery keta kan.

sampai2 jetty Kuala Perlis terus pergi kat kereta. alarm masih berbunyi lagi. tapi dah sayup2. kalau dekat2 dengar la. try hidup kan enjin, mcm xberapa ok. pastu kami jumpper battery dgn keta kami kejap. pastu ok dh teksi tu.

kami terus kan perjalan ke kuala muda pulak. sebab nak makan mee udang kat sana. kitaorg tak pernak g, tapi family in law kalo g kedah selalu la datang makan k kuala muda tu. so kami ikut kan jela.

sampai kat kuala muda pun dh dekat2 magrib gitu. dh gelap sikit.

OTW nak g kuala muda, kami lalu kawasan kampung yang cantik sambil tengok sunset.

Ni la pemandangan kami dr kedai makan mee udang kuala muda.




cucu tunggal masa ni. tu semua org sayang lebih. hihi.

kami gerak balik KL dalam kol 8.
dalam kol 12 tgh malam baru la kami selamat sampai kat rumah masing2.

alhamdulillah perjalan kami dipermudakan. tapi utk drive lagi, aku xsanggup dah. haha

  • Share:

You Might Also Like

0 comments