Holiday: Company Trip ke Bali (Part 2)

By Farhana IezAna - 12:17 PM

Assalamualikum...


Ok harini sambungan dari entry lepas.
masih lagi pada hari pertama trip. Flight kami delay dalam 30minit masa nak pergi tu. jadi kami sampai landing pun dah pukul3 ptg. 3 jam ambik masa dr KL ke Bali. Nak keluar airport tu peh ramai giler la pelancong2 kt check immigration tu. Beratur panjang giler. long weekend cmni, ramai la pelancong datang Bali kan.

kami stuck kt sini je dah almost 1 jam. tapi ada yang tak lepas2 lagi almost 2 jam juga tunggu semua orang. turun1 flight je kan semua org dok cari sim internet kt sini. senang sebenarnya nak cari sim, kt airport tu pun ada. tapi mahal..haha better g beli kt luar tau jangan beli kt airport tu. tapi kt bali banyak je WIFI free kt tempat2 kunjungan pelancong. so tak payah beli sim pun dah ok sebenarnya.

selalunya la kan org pergi bali ni mesti dtg dengan pak supir/ travel agent kan, jadi bila korang keluar depan pintu lepas ambil beg semua tu mesti nampak banyak pak2 supir yg pegang sepanduk..

Masa hari kejadian mmg ramai giler pak supir. gigih nak cari 1-1 kan..
tapi kiteorg bos dah jumpa dulu dah pak supir nya. jadi kami terus je naik bas yg dh disediakan. bas tu tunggu betol2 depan pintu ada parking kt kawasan pickup. aku antara group awal yang sampai.
kiteorg tunggu balance yg masih tak keluar lagi dr immigration almost 1 jam juga la.

kami gerak dari airport dekat pukul 5 petang dah. kalau ikut kan kami ada tempat nak tuju dulu sebelum checkin. entry sebelum ni aku pernah share Itinerary kiteorg. sepatutnya kiteorang akan g Braja Shandi Monument tapi memandangkan dah sampai pun agak petang, dgn kejap masa nak bersiap uantuk Company Annual Dinner malam tu, so semua ambil keputusan untuk skip je. 

 kami terus gerak pergi hotel untuk checkin dan bersiap cepat2 untuk pergi annul dinner pulak kt Jimbaran. hari tu memang sesak, jalan jem nak on the way g hotel. hotel kami tepi jalan je. tapi sebab lalu jalan besar, memang banyak trafic light kt jalan ni, so nak g hotel je dah dekat 1 jam. kteorg sampai hotel kol 6 mcm tu. cepat2 check ini masuk bilik bersiap tak sampai 1 jam. peh letih oii dr pagi penat kt airport. pastu tergesa2 bersiap nak g dinner,

kita share dulu picture hotel ye.

Hotel Sense Sunset kat Sunset Road.

Main Entrance Hotel





Aku bagi 3 bintang la untuk hotel ni. makanan ok, puas hati juga la. ada spa sendiri, ada indoor swimming pool betol2 kat depan restoran hotel ni.
Aku share picture bilik aku ye.






sila la bawah universal plug siap2. aku jenuh cari plug kt petrol pump/ kedai dekat2 hotel ni xjumpa..
dalam bilik aku puas hati sebab kira besar juga la. tapi tak best sebab plug tu ada 1 je. nk charge hp kena la kongsi dan la kami gigih dok cari universal plug kt kedai2 area hotel ni xjumpa. haha pastu tah mana ke jumpa pun lupa dah.

aku xsempat pun nak golek2 kt katil tu. cepat2 mandi, makeup 15 minit je kot untuk g Annual Dinner pulak. Tema Dinner kali ni ikut tema kita kt bali la. Hawaiian theme. gigih aku g order siap2 bunga2 bagai utk ikut thema ni. padahal company pun ada sediakan. haha tak pela tapi haritu aku mcm sehati sejiwa la dgn asben sebb kiteorg punya accessories sama.

Comel tak kami..hahah jgn muntah hijau ye..kasi can la sesekali nak macam honeymoon.

kami gerak g Jimbaran dekat pukul 7 malam. sini cepat gelap tau, kol 7 mlm tu dah macam pukul 8 kt Malaysia. tapi time zone sama je dengan kat Malaysia. so tak payah nak tukar waktu la.
perjalanan nak sampai Jimbaran ambil masa 40 minit gitu. sama juga sebab jalan jem bagai kan.

sampai2 Jimbaran, bus stop depan restoran dan kami masuk terus sampai kt tepi pantai. table kami betol2 atas pasir pantai tau. situ dah gelap so tak ada la aku nampak pemandangan laut pun. kt sini boleh nampak bulan bintang dengan kapal terbang turun naik. sebab betol2 mengadap airport Bali ni.

kt pantai ni memang banyak table2 disediakan. masa kami sampai ni mmg ramai orang kt sini. ada beberapa restoran kat sini. pasir pantai nya halus juga la. tp malam so aku xtau la psir nya seputih macam mana kan.


Banner Annual Dinner Company kami.

Table betol2 mengadap pentas, ada orang buat persembahan masa kami tengah makan tu. tarian tradisional bali mungkin.

kat sini kiteorg makan buffet tapi yang dihidangkan siap2 setiap sorang.
masa sampai2 tu atas table dah ada mineral water, sayur masak apa tah. macam masak cili dgn air kelapa sebiji.

Lepas tu baru dihidangkan nasi, ikan bakar dengan sup ayam.


Ini sup ayam nya. rasa sup tu memang pelik la. tak boleh diterima tekak aku..haha macam banyak herba ke apa tah. aku makan isi ayam nya je.

Ini air kepala yang dah siap hidang awal2 tadi.

Ini seafood bakar dapat 1 plate sorang 1. ada ketam, ikan, udang, abalone dengan pepahat kot. (yang ni biasa 2 je tak adala sedap sgt pun. tapi still boleh dimakan. 
sayur kailan dia aku tak sempat nak ambik gambar sebab dah lesap awal2 lagi. nasi dapat lambat, jadi diorg perabis sayur siap2. hahaha semua kebulur kan penat 1 hari kt airport.
akitivi kt sini selain dari makan.kiteorg buat cabutan bertuah, penyampaian award bagi pekerja2 terbaik ikut kategori dan sesi bergambar gitu.

apa yang best nya aku dapat cabutan bertuah. aku dapat la handphone lagi. handphone Asus je pun tapi yg latest la. spec tinggi sikit.

ini big boss aku.



Geng2 bawak couple/family

Add caption

Sesi melepaskan belon..hihi
kami settel dinner semua dekat pukul 11 malam. 
bus ambik terus hantar balik hotel. sampai hotel maybe ada yang keluar jalan2 lagi kot. tapi aku memang letih giler terus balik bilik je. rehat sebab esok pagi2 kol8 dah nak start journey untuk hari ke dua. full day trip schedule untuk esok. so mmg aku rest puas2 dulu la malam tu. 

nanti aku sambung lagi ye..bertabah la sapa tunggu sambungan nya..

  • Share:

You Might Also Like

0 comments